Pengenalan
Pengajaran atas talian merupakan pengajaran di mana komputer atau laptop pengguna bersambung dengan talian internet. Pengajaran ini berlangsung dengan menggunakan bahan yang ada di internet dan digunakan secara langsung setelah mengaksesnya.
Pengajaran luar talian pula didefinasikan sebagai pengajaran yang menggunakan bahan dari internet tetapi tidak digunakan secara langsung ketika ianya dibuka. Bahan ini didapati secara dimuat turun. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.
Kelebihan pengajaran secara atas talian
i. Dapat mengakses bahan dengan cepat
ii. Kepelbagaian bahan di internet
iii. Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan
Kekangan mengadakan pembelajaran secara atas talian:
i. Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur lebar
ii. Alat penyambung talian tidak berfungsi
iii. Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna broadband)
Konsep
E-Pembelajaran Interaktif ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas maklumat ini juga boleh diperolehi melalui CD dan kedua-duanya dipersembahkan secara interaktif yang mengabungkan elemen-elemen multimedia.
Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokan. ‘Learnig is fun’ berlaku melalui proses ini, bebanan guru dapat diringankan.
APAKAH ITU 'E-LEARNING’?
- Definisi 'e-learning' ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. la juga seringkali disalah tafsirkan dalam iklan-iklan promosi pendidikan.
- Bagaimanapun secara umumnya, 'e-learning' adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian dari media elektronik yang dimaksudkan di dalarn kategori ini.
- Pengajaran boleh disampaikan secara 'synchronously' (pada waktu yang sama) ataupun 'asynchronously' (pada waktu yang berbeza).
- Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video.
- Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk 'discussion group' dan bantuan profesional isi pelajaran secara dalam talian (‘on-line’ ) (Learnframe, 2001).
- Bagaimanapun fokus kertas ini hanya kepada bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang boleh disampaikan melalui Internet, Intranet atau CD-ROM yang mempunyai ciri -ciri multimedia (teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video) dan mempunyai kemudahan untuk 'discussiApakah itu 'e-learning’?
- Definisi 'e-learning' ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. la juga seringkali disalah tafsirkan dalam iklan-iklan promosi pendidikan.
- Bagaimanapun secara umumnya, 'e-learning' adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian dari media elektronik yang dimaksudkan di dalarn kategori ini.
- Pengajaran boleh disampaikan secara 'synchronously' (pada waktu yang sama) ataupun 'asynchronously' (pada waktu yang berbeza).
- Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video.
- Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk 'discussion group' dan bantuan profesional isi pelajaran secara dalam talian (‘on-line’ ) (Learnframe, 2001).
- Bagaimanapun fokus kertas ini hanya kepada bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang boleh disampaikan melalui Internet, Intranet atau CD-ROM yang mempunyai ciri -ciri multimedia (teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video) dan mempunyai kemudahan untuk 'discussion group' serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian ('on-line').
KENAPAKAH 'E-LEARNING' PERLU DIGUNAKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH DI MALAYSIA?
- 'E-learning' membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pernbelajaran mereka.
- Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang 'selamat' tanpa merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulanyang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.
- E-learning' yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar dan juga untuk guru, mentor atau fasilitator.
- Bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang dirancang dan disediakan secara profesional dan baik akan menggunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik.
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum ...
Sila tinggalkan komen anda di sini...
SATU pun jadi lah !! hehe